Wednesday, April 30, 2008

Meniti Hari Mencari Mentari Merah 5


Jika kuikutkan perasaan hati,
yg diguris di atas rekahan kalbu...

Jika kubekukan terus air mata dari hati,
yang keras terbuku...

Jika aku tidak ingat padaMu ya Ilahi...
Jika aku tidak ingat kewujudan seorang suami,
jua senyum ceria permata2 hatiku...

Pasti kutempeleng si durjana itu,
Hingga berkecai isi hati raja buana bumi sakti.
Syukur aku ingat...tiada 'jika' dan 'kalau' dalam kamus ini.

Memang dasar kepentingan seorang durjana,
Tiada harga diri,
Tidak tahu diri,
Mana yang prioriti…

Ya siapalah kami rakyat jelata yang tak tahu untung diri,
Ya biarlah tuanku raja buana meraih dunia fana,
Moga nanti ia kembali,
Ehsan dariMu jua...

Biar dilihat sendiri nilai budi,
Moga ia mengerti,
Hakikat diri,
Menjadi khalifah di bumi ini.

Moga kala itu,
Tulang belulang ini,
Masih utuh dicengkam usia.

Ya Ilahi,
Harapanku tinggi,
Hanya padaMu Rabbul Izzati,
Moga rahmatMu menaungi,
melitupi baitul muslim ini.

Semarakkanlah ilmu, iman dan amal kami yg Ilahi,
Selarikan dengan semangat juang sejati,
Tetapkan kami diatas jalanMu ya Hasbi Rabbi,
Moga lahir mujahid ulung dikalangan kami,
Amin ya Rabbul 'Alamin.


30.4.2008
Di keheningan pagi bumi Bangi nan indah permai

Wednesday, April 23, 2008

Ciri-Ciri Penyelidik Muslim



Ciri-Ciri Penyelidik Muslim yang telah keudara di IKIM sembang petang dengan IR Ahmad Jais.

(IR. ni colleage Umi, sekursus PTK masa dia masih di Fakulti Kejuruteraan, UKM). Ummi paparkan artikel penuh yang dihantarnya dalam egroups Cerna Minda (pendengan IKIM) ini bukan kerana Ummi seorang penyelidik tetapi Ummi harapkan ciri2 penyelidik ini yang seharusnya ada dalam setiap individu muslim dibudayakan oleh anak2 Ummi, mudah2an dapat menjadi mangkin ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Amin.

Menurut Az-Zarnuji, para penyelidik Muslim perlu memiliki ciri-ciri berikut:

i. ‘Aqlun Zakiyun (akal yang cerdik)
ii. Hirsun (keinginan yang kuat)
iii. Ijtihad (usaha yang bersungguh-sungguh)
iv. Bulghah (kecukupan dalam perbelanjaan)
v. Suhbah al-Ustaz (bersahabat dengan guru)
vi. Tuul az-Zaman (masa yang panjang)

Jika diteliti secara rapi, memang inilah keperluan yang perlu ada pada para penyelidik, dan sekiranya dapat digilapkan kembali, tidak mustahil untuk para penyelidik Muslim menempa kembali kegemilangan tamadun silam.

Akal yang Cerdik

Kecerdikan atau kepintaran adalah pra-syarat untuk seseorang menceburi kegiatan penyelidikan, kerana sememangnya tugas asasi penyelidik adalah cuba memahami dan mengkaji mengenai sesuatu fenomena atau permasalahan, dan berusaha mengemukakan penyelesaian atau penambahbaikan terhadap permasalahan tersebut. Kesemua ini memerlukan tahap pemikiran yang terdidik, mengikuti satu proses pembelajaran yang formal, serta memiliki daya analisis dan sintesis yang tinggi. Ini semua dapatlah disimpulkan dengan kalimah ‘akal yang cerdik’.

Oleh itu, sekiranya institusi penyelidikan Muslim ingin menempa kembali keagungan silam, maka para penyelidik yang bergabung di dalamnya perlulah dipastikan mencapai tahap kecerdikan atau keupayaan akal yang tertentu. Ini dapat kita perhatikan, menjadi amalan institusi-institusi penyelidikan dunia yang tersohor, seperti Harvard, MIT, Oxford dan sebagainya, yang hanya menerima pelajar dan sarjana yang terbaik sahaja sebagai penyelidik di institusi mereka.

Keinginan yang Kuat

Keinginan (atau desire) adalah juga sifat asasi yang perlu ada pada diri penyelidik. Penyelidikan adalah satu pengembaraan menuju ketidakpastian, yang pastinya menuntut kesabaran, ketekunan, kekuatan azam dan keinginan yang kuat. Penyelidik yang benar-benar menghayati bidang penyelidikannya, akan ‘tenggelam’ di dalam dunianya sendiri, dan mampu melaburkan pelbagai perkara untuk kejayaan penyelidikannya.

Keinginan yang kuat juga lahir dari minat dan bakat yang dipupuk sejak kecil, serta kemahiran yang digilap melalui latihan dan proses pengembangan dayacipta dan kreativiti penyelidik. Oleh itu, sistem pendidikan sejak dari bangku sekolah lagi, perlu menjurus ke arah pengembangan potensi diri, melatih daya kreativiti, mendorong pelajar agar berkarya, dan menumbuhkan minda ingin tahu dan meneroka alam semesta.

Usaha Yang BerSungguh-Sungguh

Kerja-kerja penyelidikan yang berjaya, semestinya dilalui dan ditempuhi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak kenal henti, tanpa rasa penat dan kejenuhan di dalam pencarian penyelidikannya. Inilah yang tergambar pada perjalanan yang jauh dan menyulitkan, yang ditempuhi oleh para muhaddithin, dalam mencari, mengumpul dan menyaring ribuan hadith, sebelum terhasil kitab rujukan muktabar untuk tatapan kita kini.

Pengalaman penyelidik barat juga hampir sama, apabila Thomas Edison menyatakan bahawa beliau bukannya menempuh 99 kegagalan, tetapi menemui 99 cara yang tidak menghasilkan lampu elektrik. Ini adalah manifestasi usaha yang tidak jemu, tetap meneruskan kerja penyelidikan, walaupun mungkin menghadapi kesulitan, kesamaran dan kegagalan di beberap peringkat penyelidikan tersebut. Oleh itu, penyelidik Muslim perlu menguatkan daya juang dan daya saing mereka, untuk terus berusaha menempa kecemerlangan di dalam penyelidikan kini.

Kecukupan dalam Perbelanjaan

Faktor ini menekankan kepada perlunya memiliki kekuatan kewangan dan harta, untuk melakukan penyelidikan. Tamadun Islam di Baghdad misalnya, mendapat dokongan kuat daripada pemerintah ketika itu, melalui penyediaan pra-sarana, khutub khanah dan kemudahan untuk para penyelidik Muslim di zaman itu. Pembinaan beberapa balai cerap untuk mengkaji astronomi adalah satu lagi bukti, betapa kekuatan kewangan adalah dikira antara faktor kritikal yang membantu mengembangkan aktiviti penyelidikan.

Di zaman ini, penawaran pelbagai geran penyelidikan, biasiswa, skim zamalah penyelidik dan pelbagai insentif yang tersedia, seharusnya dilihat sebagai satu elemen positif ke arah memajukan bidang penyelidikan, khususnya di negara kita.

Kecukupan dalam Perbelanjaan juga boleh diertikan dengan mengiktiraf bidang penyelidikan dan kerjaya sebagai penyelidik sebagai satu kerjaya yang berprestij, dan perlu digalakkan untuk diceburi oleh para sarjana dan penuntut diperingkat pasca-siswazah. Sekiranya tawaran yang diperolehi sebagai penyelidik lebih baik, atau sekurang-kurangnya setimpal dengan apa yang ditawarkan oleh organisasi atau industri di luar, maka isu ‘penghijrahan cerdik-pandai atau ‘brain-drain’ tidak akan menjadi suatu yang serius. Keupayaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan lainnya untuk mengekalkan penyelidik yang terbaik untuk bersama-sama mereka, akan memastikan kejayaan sesuatu rancangan penyelidikan untuk jangkamasa panjang.

BerSahabat dengan Guru

Guru dalam konteks hari ini adalah mereka yang pakar, atau tersohor di dalam bidang penyelidikan yang diceburi. Sekiranya penyelidik Muslim hari ini ingin kembali bersinar, mereka perlu berusaha untuk mengutip kembali khazanah ilmu tersebut daripada tokoh atau individu yang menjadi pakar rujuk di dalam bidang tersebut.

Usaha untuk menghantar dan menaja para pelajar melanjutkan pengajian di universiti ternama di luar negara, dan melakukan penyelidikan di bawah seliaan dan pemantauan para profesor dan penyelidik tersohor dunia, adalah suatu usaha yang perlu digarap dan diteruskan.

Dalam sisi lain, adab antara murid dan guru perlu dihidupkan kembali. Murid perlu bergaul dengan guru dengan adab dan etika yang profesional, berusaha mentaati guru, bergaul dan mendapat sebanyak mungkin didikan dan asuhan daripada guru, samada melalui interkasi formal mahupun informal, kerana inilah konsep pendidikan secara holistik.

Guru pula perlu menjadi contoh di dalam pendidikan, bukan sekadar mahir berteori dan berfalsafah, tetapi juga memilik akhlak dan keperibadian yang mampu mendidik, mencorak dan mempengaruhi anak muridnya, agar ilmu yang diajari benar-benar barakah dan membawa kebaikkan kepada kehidupan.

Masa yang Panjang

Sememangnay tiada jalan singkat untuk mencipta kegemilangan. Penyelidikan yang berjaya membawa impak dan dampak yang kuat di dalam tamadun kemanusiaan, selalunya adalah hasil daripada tempoh kajian yang panjang. Oleh itu, keupayaan untuk merancang dan menguruskan penyelidikan untuk satu julat masa yang panjang, perlu dimiliki oleh para penyelidik Muslim kini.

Kewujudan pusat-pusat pengurusan penyelidikan di IPT hari ini, adalah satu langkah yang positif ke arah memantau dan memastikan program penyelidikan dapat dirancang dan dilaksanakan secara berkesinambungan, melangkaui beberapa generasi penyelidik.

Penyelidik yang terdahulu (senior) perlu akur, bahawa mereka akhirnya perlu mewarisi kerja-kerja penyelidikan itu untuk diteruskan oleh penyelidik muda (junior) yang hadir kemudian. Dengan kesedaran ini, maka bidang penyelidikan tersebut akan menjadi semakin matang dan mantap, dan hasil penyelidikan akan dapat dimanfaatkan oleh beberapa generasi. Lihatlah rantaian para ulama’ silam, yang hadir silih berganti, mewarnai bidang tafsir, hadith, kalam, usuluddin, fiqh, tasawuf dan sebagainya, yang mana hasilnya dapat kita manfaatkan kini. Sikap ego, takbur dan angkuh, atau merasakan dirinya ingin memonopoli dan menjadi jaguh pada sesuatu bidang, perlu dikikis jauh-jauh oleh penyelidik Muslim.

Monday, April 21, 2008

Mama Papa

Tribut buat Ariff ...

Kata2 nasihat dan motivasi buat adik dari along dan ummi atas ketabahanmu mengharung dugaan di usia yang masih setahun jagung. Moga dewasamu mekar sebagai mujahid ulung! Amin ya rabbal alamin. Klik untuk baca teks yang lebih jelas.

Permata Hati Bunda

Dipetik dari komen Ummi dalam posting 27.10.07 dalam blog anakanda.

Permata hati bunda,
tiada kepedihan di hati bunda,
jika ada pasti kan lenyap sekelip mata,
melihat sinar cahaya,
memancar seri wajah mujahid bunda.

Mutiara hati bunda,
mana mungkin mengobat luka,
yang tiada sekelumit kesannya.
Justeru usah difikir lagi,
teruskan perjuanganmu untukNya,
pasti bundamu terpelihara.

Mujahid pejuang agama,
usah bimbang lagi tentang hati bunda.
Perjuanganmu amat jauh penuh ranjau di belantara.
Masuki saf pertama,
moga dirimu layak dihadapanNya.

Mujahid bunda,
ibadurrahman impian kurnia,
agar kau dapat ke sana,
genggamlah bersama pesan bunda.

Penyejuk hati bunda,
bila kau menggapai mentari merah di ufuk sana,
ingati pesan bunda,
agar melihat ke bawah, kau tak lupa.

Penghambat lara bunda,
teguran bukan untuk menghiris luka,
sekadar membiasakan dirimu dengannya,
kelak di atas,
asal usulmu kau tak lupa.

Pengarang hati bunda,
renung ke bawah bukan hanya dipuncaknya,
tetapi setiap tapak yang kau lalui dengan hati lara,
kerana bunda tidak tega,
membayangkan jika kau tersungkur dari menara kaca.

Penyejuk mata penyembuh luka,
bunda takut tak mampu menggapai anakanda,
menggamit deraian kaca,
lantas ingatlah sentiasa,
walau di bumi mana anakanda berada.

Selagi al-Haq bersamamu bunda pasrah bersama,
moga terhapus terus air mata anakanda,
perjuangan terdekat harus ditempuhi jua,
kerana di hadapannya banyak lagi angkara.

Akhir kalam pesan bundamu ini,
genggam 4HD/Dean's List transcript terkini,
buat mengasah pedang Islami.
InsyaAllah bila itu telah kau genggami,
perjuangan dihadapan pasti dapat kau hadapi.
Laa ilaha illa anta,
wa hai yik lana min amrina rasyada.

Tinta Ketikan Dell Bunda di Bumi Bangi nan Indah Permai
28.10.07 jam 2.59 ptg (waktu Adelaide)

Saat bersamaMu II…

Ya Rabb,
Di atas sejadah biru
Hati kian pilu
Munafikkah aku
Mengingatkan saat bersamaMu…

Tatkala berserabut kepala
Tanggungjawab menggunung tiba
KepadaMu jua
Aku kembalikan harapan penuh duka

Pasti Kau bertanya semalam
dimanakah usaha
Apakah alasannya
Sungguh tidak malu kamu wahai manusia hina
Kini kau kembali padaKu jua

Ya, masih tidak malu
Tetap menafikan…
Tidak Ya Rabb,
Sungguh aku malu
Namun tiada lain selainMu
yang sudi mendengar ratapanku

Kumerintih kumerayu
hanya padaMu
Biar harus kumengemis kasihMu
Asal jangan Kau tinggalkan daku
Kumemohon kumerayu padaMu
Jangan memandang begitu padaku
Kutahu walau saat bersamaMu
Keikhlasanku sering Kau ragu
Ampunilah daku
Tiada lain tempat kumengadu

Sungguh aku manusia hina tidak tahu malu
Kini kembali jua menagih kasihMu
Ampunilah daku
Sungguh aku tahu
Kau kan bertanya soalan itu
Semalam dimanakah usahaku
Sungguh manusia kamu
Langsung tidak tahu malu

Ya Allah,
tetapkan kami di atas JalanMu
Sungguh aku malu
Namun tiada yang lain selainMu
Ampunilah daku

Yang kudambakan hanyalah rahmatMu
Jangan tinggalkan daku
Walau kadar sekelip mata atau kurang dari itu
Perbetulkanlah segala urusanku

Ya Rahman Ya Raheem al-Haqku ya Rabbul alamin,
Laa ilaha illa anta ya Rabb,
Tsabbit qulubana ‘ala deenik

Tinta Dell kelabu di pelantar biru
6:12 a.m. waktu Bangi

Saat bersamaMu 1

Posting Ummi Nov 17, 2007 dalam blog Computer Education



A’uzubillahiminasyaitonirrajeem. Bismillahirrahmanirraheem.Quran Recitation Fahd Al-Kanderi at-tawbah: 112-129

[112] (Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

[113] Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.

[114] Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, dia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.

[115] Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Dia memberi hidayat petunjuk kepada mereka, sebelum Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[116] Sesungguhnya Allah jualah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan tidaklah ada bagi kamu selain dari Allah sesiapa pun yang menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.

[117] Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Amat Belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.

[118] Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan) dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

[119] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.

[120] Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang “A’rab” ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga dan merasai penat lelah dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

[121] Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

[122] Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

[123] Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa (dengan memberikan pertolonganNya).

[124] Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini? Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).

[125] Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.

[126] Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?

[127] Dan apabila diturunkan satu surah dari Al-Quran (mendedahkan keburukan orang-orang munafik itu) setengah mereka memandang kepada setengahnya yang lain sambil berkata: Adakah sesiapa nampak kamu (kalau kita undur dari sini)? Kemudian mereka berpaling pergi (dengan meninggalkan majlis Nabi); Allah memalingkan hati mereka (daripada iman), disebabkan mereka kaum yang tidak (mahu) mengerti.

[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar

Meniti Hari Mencari Mentari Merah 4

Sukar amat melupakanmu,
Walau air mataku kering sudah keranamu,
Keangkuhanmu tidak dapat menyembunyi,
Kotak hati yang ditanam rapi,
Disalut baldu lembut halus berduri.

Oh Tuhan diri yang lemah ini,
Aku redho,
biarlah diri ini diuji,
Apalah dunia dengan air mata murahan ini,
Biar harus kumerangkak pergi,
Pasti jua nanti aku kan berdiri.

Al-Haqku ya rabbi,
Telah kukotakkan mutiara-mutiara hati,
Bersama sinar permata biru di kala dini,
Dililit bebola-bebola hati,
Yang telah beku sedari tadi.

Kan kutitipkan jua rinduku,
Demi sinar mentari merah itu,
buat mereka yang belum mengerti,
kerana nanti,
perjalanan ku amat jauh sekali.

Dalam meniti hari,
Aku ingin sekali,
Berhenti buat sekian kali,
Namun demi mereka yang belum mengerti,
Aku bangun lagi.

Kini kuberangkat pergi,
Berbekalkan sebuah kotak hati,
Meniti hari,
Mencari lagi,
Mentari merah yang masih hidup lagi.

Allahu ya rabbi,
Peliharalah diri dan keluarga kami,
Dari kekejaman makhluk duniawi,
Dalam kami mencari,
Arah dan jalan menuju kepadaMu ya Rahim.
La ilaha illa anta
Subhanaka inni kuntuminaldzolimin
Wahaiyiklana min amrina rasyada.

Bunda
Nov 9, 2007

Meniti Hari Mencari Mentari Merah 3

Mujahid Ulung,
tiada maaf yang perlu buatmu,
kerana tiada salah pada dirimu,
kaulah permata hati,
penyejuk mata,
penghambat pilu.

Mujahid Ulung,
hapuskan air matamu,
luahan rasa hati bundamu,
bukan untukmu.

Mujahid Ulung,
bingkas bangun,
masa tidak menunggumu,
luahan rasa sekadar ikatan muhasabah bundamu,
bukan juga penderitaan pada tafsiran kalamku.

Mujahid Ulung,
buat sekian kalinya bunda mohon padamu,
hapuskanlah air mata itu,
bunda tidak tega,
air mata jadi mainanmu,
nun masih jauh amat baki perjalananmu.

Mujahid Ulung,
bagaimana mungkin kubunuh waktu,
agar senyummu kembali menghimpit pilu,
betapa sunyi di dasar laut gagal menghancurkan ingatan pilu,
kanvas biru gambaran wajah lembutmu terkedu.

Mujahid Ulung,
bingkas bangun,
kotakkan air mata itu,
lantas cairi ia di sejadah hijau birumu,
buat al-Haq yang menunggumu.

Mujahid Ulung,
hapuskan air matamu,
kudamba lukisan indah tawa riangmu,
seusai kenari membawa pergi kisah dulu.

Mujahid Ulung,
hapuskan air matamu,
lihat itu secangkir nescafe ditambah madu,
dengan krimer manis buat menawan hati pilumu,
buah hati bunda…
nescafe maya kian dingin menantimu,
dihening malam syahdu buat teman munajatmu.

Bunda 27.10.07

RU: Meniti Hari Mencari Mentari Merah 2

Respon Ummi dalam blog Computer Education pada October 27, 2007

Mujahid Ulung,
buat sekian kalinya bunda mohon padamu,
hapuskanlah air mata itu,
kerana bunda tidak tega,
air mata jadi mainanmu.

Mujahid Ulung,
bagaimana mungkin kubunuh waktu,
agar senyummu kembali menghimpit pilu.
Betapa sunyi di dasar laut,
gagal menghancurkan ingatan pilu wajahmu.

Mujahid Ulung,
bingkas bangun.
Kotakkan air mata itu,
lantas cairi ia di sejadah hijau birumu,
buat al-Haq yang menunggumu.

Kudamba lukisan indah
tawa riangmu.
Seusai kenari
membawa pergi kisah dulu.

Mujahid Ulung,
buat sekian kalinya bunda mohon padamu,
hapuskanlah air mata itu,
kerana bunda tidak tega,
air mata jadi mainanmu.

R1: Meniti Hari Mencari Mentari Merah 2

Respon Along dalam blog Computer Education pada October 27, 2007

ku tahu perasaanmu..
ampunkan daku..
tidak pernah sekali terlintas akan hati ini melukakanmu...
namun sekiranya itu yang telah ku lakukan...
ampunkan daku..
maafkan daku..

insan kerdil yang hanyut dalam dunia...
mujur kali ini...
dikau masih lagi di sisiku...
cintamu padaku tidak pernah padam...
malah membara...

dan menyala tiap saat dan tiap waktu...
dan.. tiap kali aku jatuh tersungkur...
ada saja tangan yang menarikku...
untuk bangkit kembali...
tetapi.. yang pentingnya...
tiap kali tangan yang menyapaku itu...
ku lihat ianya adalah tangan lembutmu...

bagaimana mungkin perjuangan ini dapat ku lalui tanpa dirimu...
tiang kekuatan perjuanganku...
janganlah sekali-kali kau gelar dirimu ibu tua...
kerana pada pandangan mataku...
kau tidak pernah tua...

malah semangatmu sentiasa membara...
mengalahkan mereka yang muda...
kalaulah dibenarkan kau melihat diriku pada setiap masa...
pasti dikau mengerti bagaimana perasaanku ini...

jikalau dibenarkan air mata itu ku bekukan...
pasti ku kirimkan untukmu...
sebagai penghargaan yang tidak pernah putus...
dan tidak akan putus sehingga hari pembalasan...

air mataku...
mengalir...
lantaran kata-katamu...
tidak dapat ku balas tulisanmu...
tidak dapat ku jawab segala kalam hujahmu...

aku hanya mampu membaca...
penghayatan itu datang dengan aliran air mata...
deras seperti sungai mengalir...
sekadar umur hidupku yang muda ini sahaja...
aku telah lihat susah payahmu menghadapinya..

namun...
pada hari itu...
tatkala kau tuliskan luahan perasaanmu itu...
dikau menceritakan lagi penderitaanmu...
mana mungkin diri yang terikat kuat denganmu ini...
tidak mengalirkan air mata sederas itu...

mana mungkin diri ini mampu...
memikirkanmu tanpa mengalirkan air mata...
rasa bersalah menyelubungi diriku...
sehingga terkedu aku...
membisu sejuta kata...

aku tidak tahu apa lagi yang harus ku lakukan...
bukan aku lupa...
cuma aku berusaha...
ummi...
maafkan diri ini...

andai diri ini tidak layak lagi...
menjadi tiang harapanmu...
janganlah kau tolak terus diri ini...
tidak pernah dirimu hilang dari hatiku...

walaupun dirimu sering mengatakan bahawa...
diri ini punya ilmu tinggi menggapai...
tapi ilmu yang tinggi tanpa penghayatan..
tiada maknanya...
bagai orang gila bagiku...

lebih aku kagumi adalah dirimu...
ilmu yang sedikit...
tapi penghayatan yang mendalam...
tidaklah sumayyah itu syahid dengan ilmu yang menggunung...
namun syahidnya dia hanya kerna kalimah la ilaha ilallah...

baru sahaja dia terima kalimah agung itu...
dia terus mencapai syurga impiannya...
kalau sempat kita bertanyakan padanya...
pasti rukun islam juga tidak diketahuinya...
ilmu kita lebih darinya...
tapi dia pasti di syurga...
kita di mana...

ummi...
diri ini tahu sangat bersalah...
mengguriskan hatimu berjuta kali...
malah mungkin kali ini,
dirimu terasa lebih hebat lagi...
maafkan diri yang hina ini...

sungguh, tiada niat di hati...
ampunkan diri ini...
tiada kata yang dapat diucapkan
untuk menebus kesalahan kembali...
sehingga terkedu seribu bahasa...

tiada balasan dapat diberi
akan kalam-kalammu tempoh hari...
hanya air mata yang mengalir...
tanda kesal di hati...
maafkan anakmu...

anakmu yang mungkin
padamu telah mengabaikanmu...
tapi sungguh,
tidak pernah terlintas di hati ini berbuat begitu...
maafkan...
maafkan...
maafkan anakmu…..

Meniti Hari Mencari Mentari Merah 2

Posting Ummi dalam blog Computer Education pada October 27, 2007

Mujahid,
Tika semua rancak indah dikaca mata,
Engkau mendaki langit menggapai mentari merah,
harap jangan lupa,
melihat pula ke bawah.

Mujahid,
Tika bebanmu kian bertambah,
Engkau merangkak jua,
Bingkas tanganmu ditadah,
ke langit menengadah kepala.

Mujahid,
Walau ramai orang lupa daratan,
Jatuh berkecai terpelanting hati yang luluh dalam jiwa,
Namun semangatmu tak patah membara terus-terusan,
Seumur hidup mereka lenyap di mayapada mana.

Mujahid,
Amar maaruf nahi munkar tak diketepi,
Yang zahir di depan matamu.
Untuk itu kau mampu bangkit kembali,
Persetankan yang lain walau terkait dihatimu.

Mujahid,
Terakhir kali aku membaca kalammu,
Kufikir kau telah lupa,
Perasaan itu,
Syukurlah Allah Maha Bijaksana.

Mujahid,
Hati yang terusik pilu,
Ibarat sebuah menara kaca,
Runtuh disapa angin berlalu,
Berderai bersama air mata.

Mujahid,
Kini bangkitlah semula,
Dalam kau berjuang,
usah lupa ibu tuamu,
Walau lidahmu berkata-kata,
Dialah tempat tumpah kasihmu.

Mujahid,
Apa yang kau lupa,
Hatinya tahu,
Firasatnya telah membaca,
Namun harapannya cuma satu.

Mujahid,
Kau jua tau doanya sentiasa mengiringi perjuanganmu,
agar kau cemerlang di akhirat juga dunia fatamorgana,
Tiap hari,
tiap detik segala rasa hati disiram pergi buat ketenanganmu,
Biar segala resahnya ditelan tanpa tahumu jua.

Mujahid,
Terakhir kali kau mengingatinya,
Kuberharap agar jangan sampai kau
harus menghamparkan seteguk hasratmu,
kepada tanah kerana tika itu,
angin pun terasa mencengkap dada.

Doa tulus ikhlas,
Bunda
27.10.07

Meniti Hari Mencari Mentari Merah 1

Posting ini diolah semula dari posting Ummi di blog Computer Education.

Jika Ummi seorang penyair, akan Ummi ukirkan puisi indah untukNya, kerana Dialah satu-satunya Rabb dan Ilah kita. Namun Ummi tidak pandai berkata2 untuk menagih perhatianNya. Lantas izinkan Ummi meminjam lagi kata-kata Imam Syafie:

Tanpa kemuliaanMu Yang Agung
aku hanya bisa berdiri dengan hina.
Terhadap samudra rahasiaMu,
aku tak punya ilmu.
Aku membentangkan tangan,
mengharap hujan dermaMu dan kasihMu.
Di telaga nama-namaMu yang indah,
segala prosa dan puisi tenggelam.
Sejak hari “Alastu”,
orang-orang dungu terhadap namaMu
lalu kau ajari mereka nama-nama itu.
Kami telah minum serbat cinta dan belas kasihMu,
hingga kami tidak lapar dan tidak haus.
Dan tatkala hatiku keras

dan jalan-jalanku sempit
maka aku jadikan harapanku
terhadap maafMu menjadi tangga.
Dosaku begitu besar tapi jika menetapMu,
pengampunanMu jauh lebih besar.
Wahai Allah, anugerahilah kami kebersihan ma’rifah
dan muliakanlah kami
dengan baiknya hubungan antara kami dan Kamu (Allah) di atas sunnah.
Berikanlah kami rizki dengan kebenaran tawakkal kepadaMu
dan baik sangka padaMu.
Anugerahilah kami sesuatu yang bisa mendekatkanku kepadaMu.
Dan maafkanlah kami dengan kasih sayangMu, wahai Yang Maha Penyayang.

Oh Rabbku yang Esa,
mengingatiMu hati karatku
belum mampu menjadi tenang
Namun …MengingatiMu
mampu mengingatkan dosaku
yang begitu besar.
Maka…MengingatiMu,
kutahu masih ada ruang pengampunanMu
MengingatiMu mampu memagari nafsu,
MengingatiMu mampu mendidik jiwa,
Justeru…sedikit demi sedikit hati mula
melihat cahaya di bawah cahaya.
Cahaya di bawah lapisan karat.
Karat di bawah lapisan karat itu.
Ya Allah…Izinkan aku dengan waktu yang sedikit ini,
mengikis karat itu…
Tanpa ihsanMu masa amat mencemburuiku…
Permudahkanlah aku menggilap hati ini…
Agar cahaya di bawah lapisan itu…
Dapat menyinari baitul muslim ini…
Moga kasihMu ya Allah,
Menemaniku meniti hari mencari mentari merah
Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan.
Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata.
Perbetulkanlah segala urusanku.
La Ilaha illa anta.
Ampunilah daku, suami dan anak2ku, kedua ibubapaku, datuk nenek saudara mara, guru-guru serta semua yang pernah mengajariku dan kuajari, mereka yang penting dalam hidupku serta semua muslimin muslimat yang sama-sama memperjuangkan agamamu. Kurniakanlah kasih sayangMu ya Rabb, kasihanilah kami dan lindungi kami dalam naungan rahmatMu. Amin ya rabbal alamin. Segala puji-pujian hanya untukMu ya Allah. Salawat dan salam untuk junjungan yang mulia, Muhammad saw, para sahabat serta para pendokong perjuangan Islam. Hasbi rabbi jallAllah.

Saturday, April 19, 2008

Andaiku Pergi Dulu

Andaiku Pergi: Mirwana dari http://liriknasyid.com

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara
Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam
Bersama rayu doa
Damba keampunanNya
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi
Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya
Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih
Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Pengirim : Ammar Abdullah

Refleksi Metakognitif Ibu







Dipetik dan diadaptasi semula dari blog Computer Education posting Sept 12, 2007. Dimulai dgn lafaz Bismillah buat menggerak semangat ruhul jadeed ibu, izinkan meminjam kata2 munajat Imam Abu Hanifah:


Wahai Tuhanku,
jika rasa taatku kecil menurutMu,
maka sungguh besar harapanku terhadapMu.
Wahai Tuhanku,
bagaimana aku bisa menghindar dari suatu yang haram?
Aku berharap dengan kemurahanMu...
dapat menerima kasih sayangMu.
Wahai Tuhanku,
jika pikiranku lupa memperbaiki diriku,
maka tidak akan hilang keyakinanku...
kepada sesuatu yang bermanfaat pada diriku.
Wahai Tuhanku,
muliakanlah aku dengan beriman kepadaMu.
Bagaimana Kamu menyiksaku...
di antara himpitan dua api neraka?
Wahai Tuhanku,
apabila aku membaca dari kitabMu,
betapa sangat pedihnya siksaMu,
maka kasihanilah aku.
Apabila aku membaca dari kitabMu..
betapa Engkau sangat Pemaaf dan Penyayang,
maha aku bahagia.
Dan aku berada dalam dua keadaan;
curahkanlah rahmatMu kepadaku.
Sesungguhnya Kamu tidak menghilangkan kebaikanMu...
selama masa hidupku.
Jangan Kamu lepaskan kebaikanMu
dariku pada hari kematianku.
Jika Kamu mengampuniku,
maka itu adalah keutamaanMu.
Jika Kamu menyiksaku,
maka itu adalah keadilanMu.
Wahai Tuhanku,
tidak ada orang yang bisa diharapkan kecuali keutamaanMu,
dan tidak orang yang takut kecuali pada azabMu.
Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau kadar sekelip mata.Perbetul dan permudahkanlah segala urusanku, Amin ya rabbal alamin.

Mentari di Balik Tabir 13




Kiter baru habis tulis siri surat Mentari di Balik Tabir ni...
nak hantar mana kiter pun tak tahu...
Along mungkin tahu dan ambil tahu,
mulanya nak simpan saja buat kenangan abadi...
supaya kata2 along yang mampu,
menghapuskan sedikit air mata ibu,
akan terpateri selalu,
dalam hard disk hasil ketikan Dell kelabu.
tapi kiter fikir lagi,
baik kiter jadikan posting pertama luahan rindu kiter ni,
dalam blog keluarga yang kiter janji,
nak mulakan dulu tapi tak mula2 pun lagi...
atau kiter emel atau ym jer kat along tu...
dalam hati kiter harap dia tak rasa malu,
punya ibu yang emosi,
kalah budak darjah satu lagi...
Tak apa ya bah...
kiter bagi along baca...
nanti kalau dia rasa ada manfaatnya...
untuk adik2 yang lain ka,
hatta orang lain sekali pun,
pandai2 la dia buat apa yang patut.
kalau dia malu,
dia delete saja la nanti,
janji kita dah tak nangis lagi,
Kiter stop dulu ni...sebab anak kiter dah lama tunggu dari tadi...
akhir kata untuk abah,
i love u dad...
so very much...

abah…
You’re my knight and shining armour,
and i love u….
abah…
jazakaullahukhairan kathira
kerana membesarkan kiter...
memberi kita makan barangan halal jer…
dengan gaji RM400 abah sara kiter,
10 orang sekeluarga...


Friday, April 18, 2008

Mentari di Balik Tabir 12

Sms along masuk lagi, sms kedua along berbunyi...
Ummi yang disayangi lagi dihormati,
walaupun perkara ini telah sama2 kita ketahui,
malah ummi terlebih hebat ujiannya dari along yang hidup di dunia moden ini,
ditambah dengan status yang masih bujang lagi,
langsung tidak terbanding kehebatan ujian yang diharungi oleh ummi.
Ini menunjukkan kemuliaan dan kasih sayang Allah pada kita,
tiadalah Dia,
membiarkan kita terleka,
kerana kasihnya Dia kepada kita...
Subhanallah...
Walaupun ujian along tidak sehebat ummi,
ingin along kongsikan cara along mengatasinya,
selain daripada cara yang kita sama2...
ketahui,
iaitu solat dan menangis merayu padaNya.
Kerana sesungguhnya tiada yang lebih menyayangi kita selain Dia,
selain daripada solat, Along kadang2 cuba,
mengingatkan diri sendiri tentang pengorbanan para...
sahabat rasulullah yang sangat jauh lebih besar dari kita...
sehingga ada yang syahid dijalanNya.
Kadang2 terubat sedikit luka dijiwa,
mengenangkan ujian mereka,
yang terkorban untuk kita,
mendapat risalah ini...
Walau apapun along tahu sedih seorang ibu,
jauh lebih sedih dari sedih seorang pelajar,
jauh lebih sedih dari sedih seorang kawan,
jauh lebih sedih dari sedih seorang kekasih,
along tetap sentiasa doakan ummi,
tabah atas apa sekali pun ujian.
kerana ujian inilah yang menapis kita,
yang mana ingin terus menuju kepada Rabbnya,
yang mana akan memilih haluan berbeza,
moga kita tetap terus atas jalanNya...
mengingatkan janji-janjiNya,
insyaallah terubat sedikit luka.
moga terus sabar atas apa yang menimpa...
InsyaAllah along cuba bantu apa yang mampu...
moga hati insan yang sangat kucintai ini kembali mekar
bersemangat mendidik dan memeluk rijal2 dhaif seperti kami..Amin
teruskan perjuangan, insyaAllah along sentiasa disisimu...
cukup la sampai di sini dulu....
anak kiter yang kecik dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kitorang nak solat sama...
selalunya, abah yang jadi imam kiter kan ....
kali ni kiter solat dengan keluarga kiter pula...
hari ni anak kiter yang nombor empat jadi imam.

Mentari di Balik Tabir 11

Along sambung sms nya lagi...
Masih dalam sms pertama lagi...
Along kata maafkan kami...
apa yang hilang insyaAllah Along cuba ganti...
moga terubat sedikit hati,
insan yang kurindui ini,
kerana tiadalah diri ini,
dapat membayangkan dirimu beruraian air mata,
kecuali diri ini tetap sama,
menitiskan air mata.
Dan akhirnya along nangis juga.
Abah tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk kalbu,
pedih sehingga ke ulu hati.
Kala itu hati terasa pilu ...
menusuk-nusuk bagai dihiris sembilu,
terasa begitu sakit dalam dada,
pilu anak yang telah bergelar ibu,
menggamit kasih seorang ayah.
Sampai sekarang bila menjelma kerinduan itu,
pada abah hanya sedekah al-fatihah yang kiter mampu...
namun pilu yang menggamit rindu...
belum pernah hilang seperti rindu ...
pada kitab Allah, rabb yang satu.
Baru kiter tau,
Allah uji kiter dengan nikmat dunia,
Agar kiter tak lupa diri jauh dari yang Satu,
Sedih dan rindu,
berjaya mengubat kalbu,
hanya dengan mengadu,
pada al-Haqku tang Satu.

Mentari di Balik Tabir 10


Dalam sms pertama Along kata...
wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh ibu yang mulia,
pendidik para mujahid muda,
moga Allah campakkan kesabaran yang tinggi dalam dirimu.
Sungguh,
tiada cabaran yang lebih besar bagi seorang murabbi,
selain melihat anak didiknya,
mendahulukan yang (selain Allah dan rasulNya) selain daripadanya,
inikan pula seorang ibu dengan anak yang dikasihi.
Tiadalah diri ini setaraf ibu yang sangat tabah,
cuma berusaha agar sumber inspirasi diri ini,
tidak berurai air mata lagi,
lantaran kesedihan di jiwa.
Ummi yang banyak mendidik jiwa...
bagi along yang baru setahun jagung,
meni’mati keindahan tarbiyyah,
yang mana ummi juga melaluinya,
jauh lebih lama dari diri ini.
Along merasakan kekosongan jiwa...
remaja sepertinya sebelum ini.
hidup tidak terarah,
matlamat tidak jelas.
Tiadalah dia mengetahui,
akan adanya...
perihal yang lebih besar,
selain dari bolanya itu.
dalam fikiran remaja yang belum menerima,
pelukan tarbiyyah seperti dirinya,
terdapat ruang kosong yang hanya..
kini diisi dengan matlamat2...
yang rendah dan cetek seperti bolanya...
selagi dia...
tidak dapat memahami tujuan hidup dengan hatinya,
tiadalah dia mampu melihat kita,
dengan kedudukan yang sebenarnya.
Along sebagai abangnya juga...
memohon jutaan kemaafan daripada ummi
atas sikapnya,
kami sedar harapan ummi kepada kami.
Tetapi kami kadang lalai dan leka,
dengan dunia remaja,
moga ummi tetap tabah dan sabar mendidik kami.
tiadalah tempat lain yang (selain Allah dan rasulNya) akan kami kembali
tetapi kepada ummi juga.

Mentari di Balik Tabir 9


tanggal 29.10.84,
kiter terima warkah terakhir dari abah.
panjang lagi warkah terakhir dari abah,
begitu terasa kehilangan abah...
anak abah ni masih berendam airmata...
sesekejap bila kiter baca,
tesis kak ros yang akan diviva,
kiter jadi lupa...
tapi bila teringat semula peristiwa2 terkini...
kiter terasa sayu kembali...
kiter ingat abah lagi...
tangisan tak dapat dibendung lagi...
Abah tau kan?...
kiter cuba bertahan,
kiter pujuk diri,
tapi tak juga mau berhenti...
Kiter rasa nak beritau suami kiter...
tapi kiter takut nanti suami kiter,
marah kat anak kiter...
kiter tak tahan kalau dimarahi lagi anak2 kiter.
kiter memang protect sangat anak kiter,
mereka memang nakal sentiasa,
tapi hati mereka lembut hanya perlu ditegur,
masih segar dalam ingatan waktu dia...
selalu jer kena...
memang dia begitu,
ambil mudah, ikut kawan, bertindak melulu...
cucu abah ni kenapa gitu?
dah tak betul kah didikanku?
Dan akhirnya dalam sedu,
kiter terima sms along yang dirindu...
Kiter balas sms along dulu...
kiter nangis lagi...
Puas la along sms memujuk kiter


Mentari di Balik Tabir 8


tanggal 29.10.84,
kiter terima warkah terakhir dari abah.
Abah kata...
Abah harap jangan anakanda berdua tumpu pelajaran sahaja 100%
Abah nampak anakanda berdua kurang sangat menghayati Islam
cuma seronok saja yang banyak.
Abah setiap masa berdoa kepada Allah,
supaya anak2 abah semua dilimpahi rahmat, taufik dan hidayahNya...
oleh itu abah nasihatkan anakanda berdua
lebihlah menghayati Islam.
moga-moga anakanda berdua dapat kebahagian dunia dan akhirat
tidak manafaat dunia sahaja
sedangkan akhirat kita menerima kerugian
walhal akhirat itulah hidup yang kekal manakala dunia ini sementara sahaja.
Abah tulis lagi di muka surat tiga...
Abah akan rasa bangga,
sekiranya anakanda berdua,
berjaya dalam pelajaran dan dapat kesenangan dunia,
tetapi abah akan berduka cita sepanjang masa,
sekiranya anakanda berdua tidak beramal untuk akhirat.

Mentari di Balik Tabir 7












Kiter tak jadi pergi semalam,
anak kiter nak balik sebelum kiter pergi,
katanya kena daftar asrama sebelum...
jam 5 petang sementara katil ada lagi.
Tapi dalam hati kita tahu, mesti nak main bola lagi...
Kiter tak kisah, biarlah dia main bola hari2,
dia tahu kiter tak kisah asal dia tak buang masa lagi,
ke section 14 atau ke cc,
malam itu kiter telefon dia,
kiter ingatkan suruh potong kuku,
semalam kiter tengok kuku dia,
panjangnya macam kuku hantu...
kiter kata nanti syaitan suka hati,
tinggal dalam tu senang nanti...
dia pastikan biar susah angah nak bangun pagi...
dia kata ok, lepas ni...
Malam tadi,
Along telefon beritau along cuti sekarang ni,
jadi, bila dia sms pagi-pagi lagi...
buat kiter sedih menjadi-jadi,
kiter tak tau nak cerita kat siapa lagi,
kiter sms along 2 ke 3 kali.
kesian along,
terpaksa tanggung,
beban dengar masalah kiter,
sebab kiter ambil kesempatan bila...
teringat along dah cuti pertengahan semester,
lalu kita forward sms dia kat Along, permata hati.
Lega rasa hati,
tapi kiter teringat kat abah lagi...
kenapa air mata kiter ni...
tak nak gak berenti-renti...
Kiter baca lagi,
surat abah yang terakhir kali...
tanggal 29.10.84 muncul kembali,
warkah terakhir dari abah kiter baca lagi.
Abah cerita nak balik kampung bulan 12 tu,
duit pencen belum dapat lagi,
tapi abah dah upah orang buat tapak rumah.
Abah akhiri warkah itu dalam 3 muka lagi.

Mentari di Balik Tabir 6


Abah...Abah tentu bahagia,
tengok muka anak kiter...
tapi kiter nangis lagi ni...kenapa ye?
Pagi-pagi tadi sebelum subuh, kiter...
dapat sms dari dia.
Kita tak respon pon apa yang dia kemuka,
takut terluka...
Abah tentu sayang anak kiter baik pompuan atau laki,
tambah lagi dia,
hati orang tua, pandai dia curi...
aruah nenek PJnya paling sayang dengan dia...
Dia anak yang baik hati,
solat tak tinggal, bijak dan lembut hati...
senang dengar kata, nasihat mudah nak bagi,
dah tu hensem lagi...
Kadang2 bila kiter nak ke AnNur, semua tak nak pegi,
Nanti dia akan offer nak temankan kiter pergi,
last-last nanti sumer orang nak ikut pegi,
at least adik ngan kakak dah pasti...
Semalam kiter nak bawa dia pergi Annur,
giliran Ust Zaharudin yang berceramah cam bagi lecture,
Abah tentu suka dengan UZAR,
persis nobel-prize winner.
Tapi...
kenapa ye bah,
kiter nangis lagi ni...

Mentari di Balik Tabir 5


Abah.....
masih terbayang betapa…
ceria dan gembiranya…
bila dengar suara abah.
100 dólar...
duit Amerika…
dengan mainan dan coklat kiter hantar...
untuk abah beli basikal BMX adik kiter…
kiter tepon abah kat balai tanya...
kalau abah dah terima...
abah asyik tanya jer...
hang dok sana cukup duit ka…
lagi2 abah tanya…
duit hang cukup ka…
sat lagi hang hantaq kat kami semua..
hang pulak nak makan apa?
Kiter jawab pula...
kalau tak cukup, takkan kiter...
boleh hantar duit Amerika,
balik Mesia.
Lagi pulak kita kan ada suami...
duit scholarship kiter banyak lagi...
sekali kita dapat MARA bagi,
lebih seribu dolar Amerika,
dekat tiga ribu kot duit Mesia.
duit banyak2 nak buat apa...
abah pun tak pernah dapat rasa...
pegang duit gaji banyak tu kan? haha..
abah gelak ajerr.....
Abah.....
Kiter pun tak tau kenapa kiter tulis sume ni...
kiter nangis ni.....
Dari subuh sampai le ni....
Kita teringat kat anak kiter...
yang dah balik hostel semalam lagi.....
Kita rindu kat abah ni..!
Takpa la, nanti...
bila selesai duha,
kiter baca yassin untuk abah, abah tunggu ya..!


Mentari di Balik Tabir 4

Habis cuti masa nak sambung lagi pengajian kiter,
abah hantar kiter kat pintu rumah jer,
sebab abah kata,
kiter dah ada orang jaga.
Itu lah pertama kali abah peluk kiter,
sejak kite dewasa,
dan itu juga terakhir kalinya...
huhu, rupa2nya...
abah dah tau abah nak pergi jauh ya...
nak tinggal kan kiter ya, nak tinggalkan mak kiter...
nak tinggalkan adik2 kiter, kakak2 kiter...
abah nak tinggal kan dunia yang fana.
hari abah pergi tu mak kata abah...
dah siap buat tapak rumah,
abah buat rumah...
kat tanah yang abah beli hasil duit jualan kueh.
mak jual rantai hadiah...
dari abah untuk buat tambah duit tanah,
kerana bila pencen nanti abah...
kena keluar dari rumah gomen.
Abah nak kita duduk rumah sendiri.
kalau kita terus2 hidup menumpang rumah mak tok je nanti.
Abah takut lama2 nanti sedara benci,
isteri dan anak2 abah bila abah dah takde nanti.
Dah siap tapak rumah abah siap-siap naik bas ke Sg Petani.
Abah memang rajin, semuanya abah buat sejak awal2 pagi.
Abah pegi keje, pegi pasar, hantar kueh, dan macam2 lagi.
Abah balik makan kejap je lepas tu abah gi keje lagi.
Balik keje abah ambik kueh lagi.
Malam abah ngaji,
belajar kitab kadang sampai ke Mesjid Negeri,
abah kayuh basikal untuk pergi.
Hari-hari abah penat sungguh,
hari-hari abah…
buat rutin yang sama, nampah abah berpeluh2,
abah tak pernah mengeluh,
tapi anak-anak abah ni reti tak, dah penat sangat abah,
dalam bas penat lagi abah...
tiba-tiba abah jatuh...
sesak nafas abah...
akhirnya habis nafas abah…

Mentari di Balik Tabir 3

Dari NC kiter ke Ohio tuk masuk IPT,
summer tu kiter masuk daftar diri.
Ada 3 je sisters melayuwi,
tu pun dah nak pindah IPT.

Kita kawen, nanti boleh belajar sama2, kuar sama2... dia ngajak.
Bila kiter tak nak...
dia cam merajuk...
Ntah macamana last2 kiter termakan pujuk.

Kiter pk2,
kawan2 pompuan kiter,
tak lama lagi dah takde,
dak pompuan MRSM KB tu nak pindah Nebraska...
dak2 pompuan Petronas lagi dua..
pun nak pindah juga.

abah kiter dah bagi green light juga,
tapi kiter malu nak bagitau naqibah kiter,
dia jauh nun di Athens sana,
tak reti la plak nak cakap camana,
nak tepon... malu la plak kiter.

Kita bodoh lagi masa tu,
Masak tak pandai, mengemas ala kadar, menjahit pun tak tau.
Rasa cepat sungguh perubahan berlaku.
Duduk negeri orang ni, berapa bulan je baru.
Dah nak mula hidup baru.

Tapi kiter memang dah kira2nya berkawan dengan dia,
dah pernah jawab tepon, dah pernah balas surat dia.
Jadi kiter pun kawen sebab kiter ingat pesan abah kiter,
toksah kawan2, nak kawan kawen teruih...maka...
kiter pon kawen kat Islamic Center.

Pak arab jadi tok kadi,
classmate kiter jadi saksi.
Sorang lagi saksi budak MRSM KB,
Dua2 xhousemate Hessler Road, rumah dak2 laki.

Dua tahun kemudian masa cuti summer,
kita balik Mesia bawak balik suami kiter,
kiter takut la plak abah marah kat kiter,
tapi abah nampak bahagia.


Mentari di Balik Tabir 2

Masa kiter nak berangkat pergi...
Kiter rasa dejavu, macam mimpi...
kiter ingat lagi,
masa kecik2 kiter main kat sini.

kiter tumbuk plastik damaq penuh seni,
letak atas sudu terus bakar atas unggun api,
bila cair letak pin, bila sejuk lekangkan hati-hati,
siap kita balik bawa keronsang mini.

Kiter ingat lagi,
Bila abah dapat hari off lagi,
abah bawak kiter jalan-jalan tengok airport ni...
kiter tengok je kapalterbang yang nak ke awan tinggi...

sambil kiter babai2 orang yang dah nak pergi,
kiter berkata-kata dalam hati...
nanti...
kiter nak naik kapalterbang ni...

Sebelum berangkat pergi,
abah pesan lagi,
Hang toksah dok berkawan-kawan ngan laki...
Kalau hang nak kawan hang kawen teruih Oni!

Anak abah ni,
memang lurus bendul kah?
abah tau tak abah,
tak lama lepas kita sampai negeri omputih.
kita terkawan sorang budak laki.


Dia tepon kiter banyak kali.
Dia kawan sekolah kiter masa kat MRSM lagi.
Dia pernah kirim surat melalui...
kawan kiter lepas SPM sebelum kiter balik cuti.

Dia pernah datang rumah kiter ngan mak dia lagi,
sebelum kiter berangkat ke luar negeri.
Kiter tau abah buat cam besa supaya kiter tak turun lari.
Kiter pun pelik apa hal dia datang rumah pompuan ni.
Pastu tahu pulak kiter tinggal kat Padang Kota ni.

Masa kiter kat NC kadang satu,
kadang tu dua surat dalam seminggu,
yang kiter dapat dari dia,
dia kata...
dia suka kat kiter.

Kiter tak sempat balas pun semuanya,
sebab kiter hanya pk,
nak belajar pandai2 jer,
nak balas jasa abah bila kiter berjaya.


Thursday, April 17, 2008

Mentari di Balik Tabir 1

Dah hampir 25 tahun abah pergi,
rasanya baru semalam kiter naik basikal buruk abah carry,
lintas jalan ketapi,
belakang Federal Bakery.

Kiter ingat lagi pertanyaan abah,
abah tanya kiter dalam nafas pendek sebab abah letih,
tahun depan naik darjah satu Oni nak sekolah melayu ke omputih?
kiter kata nak sekolah omputih.

Nanti bila kiter besar,
kiter nak gi negeri omputih,
kiter nak belajar pandai-pandai sampai jadi doktor,
loyar atau...atau pensyarah.

Kiter nak tukar basikal buruk abah.
Kiter nak beli sebuah kereta untuk abah.
Takyah lagi kiter balik kampung susah2,
bawak beg besar naik ketapi, kita naik kete abah.

Masa kiter derjah 5 kita sume pindah Penang,
Balik kampung takyah lagi naik ketapi panjang.
Seronok balik kampung,
walau sedara2 ejek kiter cakap KL walhal duduk Penang.

Tu la pasal, kiter malas nak kawan ngan orang,
baik kiter duduk rumah sampai awal petang,
lepas baca buku kiter tunggu abah pulang.
Awal petang abah kutip duit kuih kat mamak Penang.

Setiap pulut inti dijual 20 sen oleh mamak Penang,
Kepada abah 15 sen diberi pulang,
Seusai asar lewat petang,
kiter lak jual kueh bawah berek sampai jam 6 petang.

Maghrib kiter ikut abah pergi surau bawak kuih,
seronok tengok org makan pulut inti yg berlebih...
pastu abah ngaji kitab kuning sampai masuk isya tuh!
Sungguh abah tak kenal erti susah.

Bangga kita punya abah,
yang tekun lagi tabah...
cukup kiter bahagia dengan abah,
walau makan minum kene catu sebab kiter hidup susah.