Monday, April 21, 2008

Meniti Hari Mencari Mentari Merah 2

Posting Ummi dalam blog Computer Education pada October 27, 2007

Mujahid,
Tika semua rancak indah dikaca mata,
Engkau mendaki langit menggapai mentari merah,
harap jangan lupa,
melihat pula ke bawah.

Mujahid,
Tika bebanmu kian bertambah,
Engkau merangkak jua,
Bingkas tanganmu ditadah,
ke langit menengadah kepala.

Mujahid,
Walau ramai orang lupa daratan,
Jatuh berkecai terpelanting hati yang luluh dalam jiwa,
Namun semangatmu tak patah membara terus-terusan,
Seumur hidup mereka lenyap di mayapada mana.

Mujahid,
Amar maaruf nahi munkar tak diketepi,
Yang zahir di depan matamu.
Untuk itu kau mampu bangkit kembali,
Persetankan yang lain walau terkait dihatimu.

Mujahid,
Terakhir kali aku membaca kalammu,
Kufikir kau telah lupa,
Perasaan itu,
Syukurlah Allah Maha Bijaksana.

Mujahid,
Hati yang terusik pilu,
Ibarat sebuah menara kaca,
Runtuh disapa angin berlalu,
Berderai bersama air mata.

Mujahid,
Kini bangkitlah semula,
Dalam kau berjuang,
usah lupa ibu tuamu,
Walau lidahmu berkata-kata,
Dialah tempat tumpah kasihmu.

Mujahid,
Apa yang kau lupa,
Hatinya tahu,
Firasatnya telah membaca,
Namun harapannya cuma satu.

Mujahid,
Kau jua tau doanya sentiasa mengiringi perjuanganmu,
agar kau cemerlang di akhirat juga dunia fatamorgana,
Tiap hari,
tiap detik segala rasa hati disiram pergi buat ketenanganmu,
Biar segala resahnya ditelan tanpa tahumu jua.

Mujahid,
Terakhir kali kau mengingatinya,
Kuberharap agar jangan sampai kau
harus menghamparkan seteguk hasratmu,
kepada tanah kerana tika itu,
angin pun terasa mencengkap dada.

Doa tulus ikhlas,
Bunda
27.10.07

No comments:

Post a Comment