Sunday, June 7, 2009

Memujuk hati yang tidak mampu menangis lagi


di kala hatiku keras dan jalanku menjadi sempit
aku seringkali mengharap ampunanMu
dosaku sangatlah besar
tapi jika aku memandang belas kasihMu
maafMu jauh lebih besar

kuulangi membaca bait2 puisi Imam Syafie
yg sering memujuk hati
walau setiap membacanya
hangat terasa dipipi
bebola mutiara
yang mencair
menderu
menderas
ke ribaan seorang ibu tua yg sepi

lakukan apa yang kamu maui
dan terimalah jika itu adalah takdir
jangan menggerutu pada waktu malam
kerana sesuatu peristiwa
sebab...
tidak ada peristiwa yang abadi

jadilah kamu orang yang tabah
atas segala cobaan
dan bersifatlah pemurah
kemurahan akan menutup setiap aib
betapa banyak aib
yang ditutupi oleh kemurahan
janganlah kamu berputus asa

dengarlah wahai ibu
Imam Syafie berpesan padamu
janganlah kamu berputus asa
kerana Allah ada wujud
di mana-mana
dan Dia ada dalam hatimu yg sepi
kau harus lebih peka
akan kewujudanNya.

maka cukuplah Dia buatMu
kerana Dia adalah segala-galaNya
maka kemasi
air mata itu
hanya buatNya
Rabbmu yang Esa...
cukuplah Dia buatmu
cikuplah Dia buatku
berbahagialah kerana hari ini
kau ditemani oleh airmata
khusus buat Rabbmu.

No comments:

Post a Comment