skip to main | skip to sidebar

Tarbiyyatul Aulad

Untuk meraih redha Ilahi tanya pada niat, ukur keikhlasan terhadap setiap yang kita lakukan. Jauhi ujub, riak, keterpesongan niat dengan melihat kepada siapa kita mencari keredhaan dan nikmat apa yang kita harapkan. Tanya pada diri,seksa apa yang kita takuti pertolongan apa yang kita syukuri serta musibah apa yang sentiasa bermain-main dibenak fikiran untuk sempadan di hari esok…

Monday, September 6, 2010

Mentari Merah 6

Tika semua rancak indah dikaca mata,
mereka mendaki langit menggapai mentari merah,
jika mereka melihat ke bawah,
pasti mereka dapat membezakan manusia,
robot dan android...dan dia adalah manusia,
seperti mereka...yang ada hati, ada rasa.


Tika beban mereka kian bertambah,
mereka merangkak jua,
bingkas tangan mereka menengadah ke langit indah,
seiring menengadahkan kepala,
dengan izinNya mereka mampu bangkit kembali,
malah mereka persetankan yang lain walau terkait dihati,
kerana mereka pasti yang lain itu akan kembali lagi.

Terakhir kali dia memanggil mereka,
tak tergapai hasrat hatinya,
tapi tak mengapa,
perasaan hibanya...
lama-kelamaan hilang dibunuh airmata.
Syukurlah Allah Maha Hebat
Maha Mendengar
Maha Menenangkan

mereka punya sistem sokongan dari serata penjuru
dia hanya ada Allah
namun cukup baginya Allah 
mereka pastinya harus tahu
hati yang terusik pilu,

ibarat sebuah menara kaca,
runtuh jika disapa angin berlalu,
kesudahannya hancur berderai bersama air mata.

Kaca terhempas tak mungkin dapat disambung lagi,
moga pesanan akhirnya disemat indah di dada mereka,
agar tidak
lupa matlamat hidup ini mencari jalan ke negara abadi,
walau lidahnya kini kelu tak mampu berkata-kata,
dia tempat tumpah kasihnya insan bernama manusia.
Apa yang mereka lupa,
hatinya tahu,
firasatnya telah membaca,
namun harapannya cuma satu
agar mereka cemerlang selamanya
kini dan di negara hakiki yg dituju.
Tiap hari,
tiap detik segala rasa hati...
disiram pergi buat ketenangan mereka,

biar segala resahnya ditelan tanpa mereka tahu.
terakhir mereka mengingatinya,
moga jangan sampai mereka...
harus menghamparkan seteguk hasrat mereka,
kepada tanah...
kerana tika itu...
angin pun terasa mencengkam dada.

Ya Rabb, di kemuliaan malam 27 Ramadan 2010 ini
Kau lembutkanlah hati-hati kami agar sentiasa mengingatiMu
mensyukuri nikmatMu
janganlah Kau biarkan kami
menentukan nasib kami sendiri walau sekelip mata
kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga kami
dan sesiapa saja yang bersama-sama kami,
eratkanlah ya Allah hati-hati kami
lapangkanlah hati-hati kami dengan limpahan iman
dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidup suburkanlah hati-hati kami dengan ma'rifat tentangMu
Jika Engkau mentaktirkan mati
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Ameen ya Rabbal Alamin


6.9.10 Tinta Bunda
Posted by Ummi at 3:20 AM 1 comment:
Labels: Meniti Hari Mencari Mentari

Friday, June 19, 2009

Tutup Blog - Ucapan Terakhir

InsyaAllah tiada lagi posting buat masa ini at least untuk semester ini hingga sem baru bermula Julai 2009, tetapi sebelum itu ada ucapan terakhir sesi ini sebelum tutup blog di: http://pembangunaninsan.wordpress.com/2009/06/21/ucapan-terakhir-sebelum-tutup-blog-sesi-ini/

Doakan segalanya dipermudahkan, ada rezeki jumpa lagi tak tahun depan sem depan insyaallah

UmmI

Posted by Ummi at 8:26 PM No comments:

Thursday, June 11, 2009

Maafkan diriku - terperangkap dalam ilusi - Metafora


Metafora - NICE


Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan
Yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu
ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati
mewangi yang tidak berduri


Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
http://liriknasyid.com
Posted by Ummi at 1:27 PM No comments:

Sunday, June 7, 2009

Memujuk hati yang tidak mampu menangis lagi


di kala hatiku keras dan jalanku menjadi sempit
aku seringkali mengharap ampunanMu
dosaku sangatlah besar
tapi jika aku memandang belas kasihMu
maafMu jauh lebih besar

kuulangi membaca bait2 puisi Imam Syafie
yg sering memujuk hati
walau setiap membacanya
hangat terasa dipipi
bebola mutiara
yang mencair
menderu
menderas
ke ribaan seorang ibu tua yg sepi

lakukan apa yang kamu maui
dan terimalah jika itu adalah takdir
jangan menggerutu pada waktu malam
kerana sesuatu peristiwa
sebab...
tidak ada peristiwa yang abadi

jadilah kamu orang yang tabah
atas segala cobaan
dan bersifatlah pemurah
kemurahan akan menutup setiap aib
betapa banyak aib
yang ditutupi oleh kemurahan
janganlah kamu berputus asa

dengarlah wahai ibu
Imam Syafie berpesan padamu
janganlah kamu berputus asa
kerana Allah ada wujud
di mana-mana
dan Dia ada dalam hatimu yg sepi
kau harus lebih peka
akan kewujudanNya.

maka cukuplah Dia buatMu
kerana Dia adalah segala-galaNya
maka kemasi
air mata itu
hanya buatNya
Rabbmu yang Esa...
cukuplah Dia buatmu
cikuplah Dia buatku
berbahagialah kerana hari ini
kau ditemani oleh airmata
khusus buat Rabbmu.

Publish Post
Posted by Ummi at 2:24 PM No comments:

Friday, May 22, 2009

Kebisuan yang berkata-kata

bukan harta kemewahan dan wang ringgit yg diharapkan
bukan juga budi dari tulang empat keratmu
hanya balasan sms persoalan darinya 
yang mewakili diriku kerana
sim
telefon
komputer
semuanya telah mampu menjadi alat telekomunikasi 
yg dipermudahkan di dunia yang fana ini...
tinggallah kamu mengejar langit yang sangat tinggi
diri ini tidak mampu menadah langit

Posted by Ummi at 4:53 PM

KERANA MEREKA BELUM MENGERTI

hampir dua dekad kumenyimpannya dalam menara kristal
biar deru angin deras menghenyak puncak, kaki mahupun bingkai jendela
aku tetap memeluk menara kaca biar diri ini yg terpelanting jauh
sehingga manik kaca pun berderaian di kaki bumi
pun mereka belum mengerti.

kulepaskan sebutir mutiara dari menara kristal
kupacukan pada sayapnya biar kemas kalian
memburu langit yang sangat tinggi
dan keputus-asaan muncul kembali menggenggam diri

aku menunggu seluruh waktu memacu jantungku
di keheningan pagi ini seolah ia berhenti berdenyut
namun ku tetap bergerak dan berharap
menyembah mengadu merongkai rindu padaMu
semoga keheningan doa mengobati luka

harus aku pasrah pada ketentuan Ilahi
kerana perjalanan ku masih jauh
walau kulihat
telah menyala api dikaki bukit

ku sering berkata pada diri ini dan dirimu
walau kau tak pernah mengerling jua
menatapi tintaku di sini
tetap kutahu tak  ada gunanya kita mengejar mimpi
 memburu langit yang sangat tinggi

dan apa yang kita tempuhi tidak dikutip
buat bekalan  
kerana nanti tatkala di alam nyata
segalanya bagai di alam kayangan
tatkala itu semua membuatmu buta
kekosongan jiwa

kuimpikan akhiran yang bahagia
melayani waktu melewati rinduku
menyanjung harapan menghentikan keinginan
agar satu hari kau tetap bergerak laju

harapanku
nanti bersama saudara keluarga dan sahabatmu
kau mampu membawa kami ke gerabak depan
yang telah lama meninggalkan kita

dengarilah ya Rabb, doa tulus ikhlas
semua ini kulakukan selama waktu berlalu
semoga kau mengerti
biar pun tatkala itu
hanya bumi yang menyimpan harapan tinta ini…

Tinta Ummi di hening pagi 22.5.09
di Mahallah Ruqayyah, UIAm Gombak
dalam kerinduan
akan bumi Bangi dengan rakyatnya
yang dekat dan jauh di perantauan



Posted by Ummi at 7:22 AM

Thursday, May 21, 2009

Gerakkanlah Hati Ahli Baitku Menghayati dan Bertindak atas Tinta Rupa Ini Termasuk Diriku

Tinta Rupa ini diterima dari sahabat x-mrsm Ummi MkCk Tipah @ Dr Tipah hari ini:

RUPA AGAMA ISLAM...

Salam .

Just nak kongsikan satu e.mail  Elok sangat sebagai peringatan buat diri kita sebagai muslim yang sentiasa lalai dari agama Allah. Jom hayati bersama... Terima kasih pada pengirim e.mail.


Bagaimana RUPA agama Islam?

Tentu korang pernah mendengar kenyataan dari kawan2 korang seperti:

Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau...'
Suami saya dulu, sama rupa macam awak...'
Awak ada iras2, rupa nenek saya ler...'
Rupa awak macam pelakon terkenal Yassin senario' ler..'
Betul ni, rupa jiran aku sama 'sejibik' macam engkou...' he he he

Hari ni aku nak cerita pasal rupa agama? Korang dah lama memeluk agama Islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa agama Islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA...

Adapun rupa agama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan. Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah rupa bentuk agama Islam.

Rupa agama penting kerana bisa menarik perhatian bukan Islam ke arah Islam, secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya Islam itu apabila ternampakakan rupa sebenar agama Islam.

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara Islam?

Aku kata:

Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasar malam.

Kenapa?

...kerana di situ ada amalan pasar malam, apa amalan pasal malam? Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib? tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama... sebab dah tak ada amalan pasar malam...!!!

Jadi...

Di Malaysia tempah tumpah darah aku ni, sesetengah tempat memang macam negara Islam? sesetengah tempat memang macam semacam? macam setan!!! Oh... tepuk dada tanya iman?
Oleh yg demikan adalah penting kita org2 Islam mewujudkan amalan Islam yg boleh di katakan sebagai rupa Islam!!!

Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama?

Pertama :...

SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU ( di rumah) La ni, apa jadi? Malaysia Negara Islamkah jika banyak masjid kosong tidak berpenghuni?

RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG, RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG?'


Sekarang ni, trend org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan panggung wayang, maklumlah ada cerita 'Superman return'(bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque' ? free apa!!!
Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kafir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada encik setan (lebih kurang maksud) :

'Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah, tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai
3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang) ' terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?'

Dah tentu aku jawab :

'aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu'

Oh?

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:

Apabila 25% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2... (oh.. .patutlah sekarang ni org berani buat maksiat terang-terangan)

Apabila 50% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? maka wanita akan tutup aurat automatik. (cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org Islam solat berjemaah
hampir 75%, apa jadi?, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh,
di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?...

Apabila 75% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? Maka Allah akan campakkan kegerunan org kafir kepada Islam. Patutlah Bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat Islam, apa nak heran dengan nuclear? Bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!!)

Apabila 100% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? Maka orang Islam akan memerintah dunia. Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?... rujuk masjid mereka bagaimana?

Huh... sekarang umat Islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar, masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha dibuat!!

Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid? Jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak? isk isk?

Kedua :...

" ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT "

Dulu2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat.. jika melewati rumah2 mereka diakhir malam... maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. Malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org Islam, apa yg korang dengar? Senyap ajer? Tiba-tiba :

GOAL!!!!!!!

Terkejut berok eden dibuatnyer!! ! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...

Ingat pesan Kak Pah:

' Carilah ketenangan dalam diri sendiri... Munajat disepertiga malam '?


Isk. isk. sik

Ketiga :...

ADA SUASANA UGAMA IAITU:

" LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH ". " WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH ". "KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH."


Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? Ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?

Budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanohalah... aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat,> tsunade!!!
Oh... ummat sedang menderita?

Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?
Wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!! Aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler?

Oh... ummat sedang menderita?

Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat? Lelaki2 cakap: Brazill... pasukan samba, paling kuat!!! Aku kata: cis, apa pulak, Jerman piala dunia sebab main kat Jerman!!!

Oh... ummat sedang menderita? ? Termasuk aku...

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk Islam, tapi akhirnya masuk Islam jugak, tanya suaminya kenapa? Beliau berkata: Pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah disembah dengan selayak-layaknya?

Aku ulang:

MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!

Oh... kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa Cina dan India yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk agama Islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. .

" KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? ! " KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? !! " KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? !!!


Kerana itu juga pada zaman itu org bukan Islam telah datang berbondong-bondong pada agama Islam kerana para sahabat RA, mereka REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!

Mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung... maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan rahmat untuk kampung itu, dan... jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg
mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu diazab!!!
( Hadith riwayatAishah r.ha )

YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN
MENYEMBAHMU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA. ..

AMIN... YA ROBBULALAMIN

Posted by Ummi at 10:17 PM

Wednesday, May 20, 2009

Ukhuwah For Life




Ulasan Brotherhood for Life: Begitu juga kadangkala yg Ummi rasakan.  Sedih tapi itu lebih baik daripada tidak terlibat langsung dalam aktiviti berjemaah dgn apa jua alasannya.  Tidak akan dikecapi manisnya ukhuwah jika tidak berada dalam saf berganding bahu menegakkan risalah.  Wallahualam. Bahagianya jika semua yg dikasihi di dunia yg fana ini sama-sama bergerak dalam saf yang sama menuju ke sana yg kekal abadi.  Bukan mimpi tapi impian yang tidak mustahil.  Moga tatkala tulang belulang ini menyembah ke bumi impian itu menjadi pasti.


Brotherhood for Life 

Acapkali saya dengar rintihan pejuang yang mengatakankan

"Ohh kami sekadar sahabat program cuma, usai program, habislah, dan kami akan bersua kembali untuk program atau mesyuarat yang berikutnya."

Sedih bukan?

Pendakwah yang hanya bersahabat dengan pendakwah yang lain hanya di waktu "operasi dakwah".Beb!(babe)(baca:sayang) kita ini kan sahabat sejati, sehidup semati, brotherhood for life!

Janganlah dibataskan pershabatan itu.

Suatu ketika, sahabat pejuang yang lama tiada mendengar akan khabar darinya, menelefon; dan ayat perbualan biasanya seakan - akan.Usai bertanya salam dan khabar
mereka pasti akan berdialog begini "syeikh, ana perlukan bantuan anta syeikh..."

Seharusnya persahabatan islami itu indah dan tidak terbatas dalam tugas dakwah serta program usrah(paksa) semata-mata.

Sesi Ziarah(tak rasmi) pun hendak diletakkan ke dalam buku laporan program tahunan ?
Apa ke hey ni yoeb?

HENDAK DIPERDAGANGKAH PERSAHABATAN KITA?
HENDAK DIMEGAHCETAKKAH KEUNGGULAN KITA?

Bukan maksud ana mencemuh diletakkan program ziarah ke dalam buku laporan, tetapi bukankah ziarah itu setiap hari dan setiap masa?

Apabila diprogramkan program ziarah, ia menjadi rasmi.
let's loose!


Perlu faham di sini, buku laporan tak siap pun tak apa, asalkan persahabatan itu bermakna berbanding (nak pleased)buku laporan yang cantik isi kandungannya tetapi penuh PLASTIK programnya.

Brotherhood for life(and here after) itu, mencakupi bertanya khabar, berkhidmat, memahami, menjaga rahsia, menjaga kebajikan, mesra, komunikasi sihat, nasihat dunia akhirat, akan sahabatnya yang dikasihi itu.


Ini rintihan ikhlas ana
http://kaset79.blogspot.com


Posted by Ummi at 2:58 PM

Friday, May 1, 2009

Doa bonda buat kalian...

Sireh junjung pembuka bicara, diiringi kalam suci mushaf tajweed agar sentiasa menjadi panduan pembentukan baitul muslim; cincin topaz tanda cinta suci diiringi hantaran tunai, lenovo dan alat talian hayat penghubung kalian di dunia pembelajaran yg penuh cabaran. Jubah, tudung beserta persalinan sutera, beg & keronsang kristal tautan D&K pakaian muslimah buat isteri tersayang, hiasan rantai tgn & leher beserta wangian buat hiasan di rumah dengan iringan pakaian solat berserta sejadah baldu merah hati moga hati bulat hanya buatNya Pencipta Rabb dan Ilah yang satu dikala solat maupun dalam ibadah seharian. Akhir hantaran manisan pemanis baitul muslim beserta bakul buah2han moga sentiasa dimurahkan rezeki dalam naungan rahmatnya diberi kesihatan moga ibadah dapat dilaksanakan dengan kekuatan fizikal dan emosi. Salam penuh kasih sayang dari pengantin lelaki & keluarga.












































Ya Allah, andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, rasa cinta
yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tidak layak bagi kami,
maka cukupkanlah permohonan kami dengan redho-Mu.

Jadikanlah kami suami & isteri yang saling mencintai di kala dekat,
saling menjaga kehormatan dikala jauh,
saling menghibur dikala duka,
saling mengingatkan dikala bahagia,
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami
dengan menjadikan pernikahan kami sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru di jalan-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.

Ya Allah, abadikan kasih sayang antara kami,
tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,
lapangkanlah dada kami dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,
hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu dan matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu
sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong dan semoga selawat serta salam selalu tercurah kepada junjungan kami kekasih hatiMu Muhammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.

Ya Allah, dua hamba-Mu telah saling mematri janji di hadapan kebesaran-Mu.
Kami tahu bukan mudah memelihara ikatan suci ini dalam naungan redha dan maghfirah-Mu. Kami tahu, amat berat bagi kami untuk mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami.

Karena itulah kami memohon rahmat dan rahim-Mu.
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan,
bukan-nya jalan orang-orang yang Engkau murkai,
bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelamkan dalam kesesatan.

Sinarilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu.
Terangilah jalan kami dengan sinar taufik-Mu.
Jika Engkau berkenan menganugerahkan nikmat-Mu atas kami,
bantulah kami untuk banyak berdzikir dan bersyukur atas nikmat-Mu itu.
Hindari kami dari orang-orang yang terlena dalam kemewahan dunia.
Lembutkan hati kami untuk merasakan curahan rahmat-Mu.

Ya Allah, indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal saleh yang Engkau redhai. Jadikan anak-anak mutiara hati kami Ya…Allah teladan yang baik bagi manusia. Ya Allah, damaikanlah pertengkaran di antara kami, tautkanlah hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang jelas dan tersembunyi.

Ya Allah, berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami sahabat-sahabat/saudara2 kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ameen ya rabbal alamin

Posted by Ummi at 7:04 AM 8 comments:

Thursday, December 18, 2008

Khusyuk Solat: Memahami Hikmah Solat


Gambar1: Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio. Gambar2: Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak. Gambar3:Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains. Dua lagi gambar semasa proses penyelidikan.


Penulisan kali ini dipetik dari laporan penyelidikan oleh akhbar tempatan yg ada di Internet yang Ummi dapat maklumat dari ahli e-group lamanannur. Posting ini adalah juga susulan daripada posting Makna Bacaan Solat yang Ummi poskan tak lama dahulu dalam blog Pendidikan Komputer@Computer Education. Minggu ini turn Ummi menyediakan bahan berkaitan khusyuk dalam solat. Seperti yang dinyatakan dalam posting terdahulu, mengetahui makna solat merupakan satu cara untuk kita mencapai khusyuk dalam solat. Seiring fahaman yang sedikit dengan ilmu seadanya ini Ummi berpendapat bahawa kita wajib mengambiltahu, mencaritahu @ menyelidik hikmah solat (asal kita tidak mempersoalkan perkara2 yang belum ada jawapannya) yang juga merupakan satu cara untuk meningkatkan tahap khusyuk dalam solat. Justeru, seusai bacaan Makna Solat dalam posting lama Ummi di Computer Education Blog itu, cuba kita hayati pula laporan penyelidikan berkaitan hikmah solat ini.


Menurut kajian 3 orang penyelidik dari Universiti Malaya, solat atau sembahyang juga boleh merawat penyakit kritikal. HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.


Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. “Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya. Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “ Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya. Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari. KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.


Kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat. Seorang doktor perubatan dari Indonesia , Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Posted by Ummi at 7:50 PM

Thursday, September 11, 2008

Tiada Kata Terucap


Album : Optimis sajalah
Munsyid : Tashiru


Sungguh indahnya akhlakmu begitu mempersona
Cintamu kasihmu untuk seluruh umatmu
Tiada kata yg terucap satu dlm hatiku
Untuk selalu ikuti langkah perjuanganmu
Tiada pernah lelah memikirkan umat
Engkarkah atau dalam ibadah
Dapatkah ku teladani luhur budi pekerti
Tegarnya hatimu menegakkan islammu
Tiada kata yg terucap satu dalam doaku
Dambaku selawat selalu atas dirimu
Tiada pernah lelah memikirkan umat
Engkarkah atau dlm ibadah
Tuhanku mohon pdMu curahan rahmatMu
Dalam setiap masa usia
Tuhan indahkan akhlakku
Seperti indahnya akhlak kekasihMu yg mulia
Posted by Ummi at 8:06 AM

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawapnya
Ketika ia ku tanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu,
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawapnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita yang selalu
Salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang


Oleh Ebiet G. Ade
Posted by Ummi at 6:55 AM

Sunday, August 3, 2008

Mimpi Yang Tak Pasti

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


KAMELIA lirik: Ebiet Ade

Gugusan hari-hari
Indah bersamamu Kamelia
Bangkitkan kembali rinduku mengajakku
Ke sana...

Ingin ku berlari mengejar seribu bayangmu
Kamelia
Tak peduli kan ku terjang biarpun harusku tembus
Padang di lalang

Tiba-tiba langkahku berhenti
Sejuta tangan telah menahanku
Inginku maki mereka berkata
Tak perlu kau berlari
Mengejar mimpi yang tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu ... di hatimu ...

Komen Ummi:

Ya macam tak thiqah. Tapi Ummi suka gak dengar masa akhir zaman 70an dulu (ok2, bukan suka mmg suka betul, ya mmg minat...malu nak ngaku) malah masa Ummi Form 5 ke Form 4 Ummi buat esei dengan lirik lagu ni pertama kalilah Ummi dapat full A dalam BM peringkat SPM. Pengajarannya di sini, izinkan Ummi berkata2 dengan kalam bisu ini bahawa mimpi yang tak pasti jika dikejar bagai satu kenyataan yang hidup akhirnya tiada kuasa yang dapat menghalangnya kecuali kuasa Allah azzawajalla.


Ya Rabb, berikanlah padaku ilmu agar bertemu dan termasuk dalam golongan orang2 yang soleh [Asy-Syu'ara':83].


Dalam mengejar mimpi yang belum tentu, lumrahnya keindahan yang di depan mata bagai tidak ada maknanya walau apapun dilakukan bagi mengindahkan suasana.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagimu, Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui [Al-Baqarah:216].


Jadi bagi kalian yang mengejar mimpi, termasuk diri Ummi pertama2nya, usahlah terlalu ghairah mengejar mimpi yang belum pasti kerana dalam perjalanan itu pasti ada keindahan yang terpaksa dipijak ditepis diterjah dan akhirnya keindahan lalu itu lenyap dan yang mungkin ada hanyalah mimpi yang belum pasti itu menjadi kenyataan namun belum tentu dapat menggantikan keindahan yang pernah wujud dalam dirimu. Jika kalian sedar dan ingin tetap mengejar mimpi yang belum pasti itu, teruskan namun usahlah dilupakan janji2 perjuangan walau tak mungkin dapat mengekalkan keindahan lama berjuang bersama angkatan yang sama itu seperti sedia kala namun jangan dibiarkan pedang yang pertama dipegang tumpul begitu sahaja walau nampak masih berkilat bercahaya dan belum sampai dapat mengaratkannya. Jika ingin kembali kepada keindahan yang lama itu perbaharui juga semangat juang yang ada dan usahlah bersedih. Mohon rahmat bukan pada manusia walau setinggi manapun derajatnya didunia tetapi hanya padaNya. Manusia sekadar dapat menyatakan redanya tak lebih dari itu. Cari ketenangan hanya padaNya.


Jangankah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu orang-orang beriman [Ali-Imran:139]
.

Posted by Ummi at 6:12 AM

Wednesday, July 2, 2008

Ungu SurgaMu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…


Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu
Posted by Ummi at 10:17 PM

Huhu...Tak Sangka Sebulan Menyepi

Macam2 cabaran dalam bulan Jun. Mula2 collect data siap bulan Mei. Thanks to Aiman kerana sanggup tolong bawakan barang2 Ummi masa buat field work dan ambil gambar2 responden. Dah dapat data tak reti la pulak nak analyze guna AMos. Orang kata guna je la SPSS. Tapi takleh. Ummi nak verify model. Takpela korang mesti boring dengar cerita2 ni.

Mulanya Ummi katam buku translation Amos tu now baca yg ori oleh Peter Kline. Pastu Allah nak uji lagi, kerana iman ini semakin hari semakin tak dapat nak Ummi katakan. Abah jatuh sakit. Sebulan abah makan bubur je. Dgn kesibukan Ummi, sian abah, bubur McD la terpaksa bila tak sempat. Ummi tau Along nak kata apa. Adik dah berleter2 dah apa yang ada dalam kepala Along tu bnyk kali sangat. Tak sanggup dah nak dengar abah ngan adik dok kata semangkuk bubur McD 4 peluru Umi belikan untuk Yahudi laknatullah. Dah, Ummi tak beli lagi!

Minggu ni jangan tak tau, Ummi masak tiap2 hari. Tak la sedap macam mak2 orang masak tapi haha... kata abah yg penting air tangan Ummi. Ummi tau sebenarnya mmg abah nak suruh Ummi selalu2 masak la tu. Adik lak suka kalau Ummi masak sebab lama sikit Ummi duduk rumah. Ummi masak sayur + meat ball + air + sos tiram je. Sume Ummi campak dalam satu bekas lepas tumis bawang putih + merah. Masak nasi 1 cawan bawa bekal dan adik balik sekolah datang ofis Ummi makan sambil abah minum air soya tunggu Ummi abeskan 20 lagi borang untuk responden tambahan dan sediakan bahan untuk expert reviewer Ahad ni, makcik Aida nak kenalkan dengan supervisor dia dari NZ yg akan datang conference di Shah Alam.

Doakan sesi dgn expert tu berjalan lancar dan moga Allah beri ilham cepat otak yg dah karat2 terhakis karatnya digantikan gilapan kefahaman perihal structural equation modelling menggunakan AMoS dan yg terkait dengannya. Ya Allah, keluarkanlah kami dari cahaya kegelapan dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berikanlah kami cahaya sebagaimana Kau berikan cahaya bagi bulan dan matahari. AMin ya rabbal alamin, hanya dengan kehendakMu aku mampu memahami segalanya.
Posted by Ummi at 8:54 PM
Labels: Di Wajahmu Kulihat Bulan

Monday, May 26, 2008

Pandangan dari mata hati Ummi

(pos ni dibaca sambil mengklik widget keimanan disebelah kanan sana...klik dulu hehe :) ...Nah, selalu aje Along berdoa agar alKhaliq mengizinkan kita tsabat di atas jalanNya. Dah pasti Along yang bersekolah agama lebih arif dari istilah bahasa atau dari perspektif apa pun namun izinkan Ummi menyatakan Tsabat dari pandangan mata hati Ummi seadanya.

Tsabat pada Ummi bermaksud kita memiliki sikap dan prinsip yang teguh justeru ikhlas dan amanah, terbuka dan profesional dalam segala hal. Tidak menggadaikan prinsip kerana harta apatahlagi untuk menerima yang diluar zon berhati-hati terutamanya berkaitan dengan masalah hati.

Tidak juga menukar keyakinan dengan sebab tidak terpenuhi hasrat di hati untuk mendapatkan apa yang diimpikan walau ia tidak salah disisiNya namun perlu kompromi dengan jiwa dan perasaan yang selama ini dibajai disirami ditutupi dan dilindungi dari apa jua yang memungkinkan kecelaruan minda, jiwa dan perasaan yang memungkinkan kecelaruan rohani.

Maka itu tawakkallah dan teruskan perjuangan ini dengan yakin untuk membuktikan janji, meneguhkan komitmen untuk meraih taqwa. Meminjam kata2 AA ttg AH yang Ummi ceritakan lewat petang tadi tentang menggapai cinta Ilahi..."Dapat Dia, dapat segalanya" maka yakinlah yang dikejar takkan lari maka pastikan yang dikendung tak berciciran kerana YAKINlah Dia pasti menjaga apa yang disimpan elok untuk kita selagi kita melaksanakan hakNya jika itu yang terbaik untuk kita.

Yakinlah dengan jaminan Allah, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu."" (QS Fushshilat 41:30).

Wallahualam
Posted by Ummi at 12:36 AM
Labels: Di Wajahmu Kulihat Bulan

Saturday, May 17, 2008

T4 Tashiru

Ayunkan langkah kaki
Jangan pernah kau ragu
Hadapi hari dengan penuh keyakinan
Karena masa depan penuh dengan rintangan
Halangan dan cobaan yang selalu menghadang
Tapi itu semua hanyalah ujian yang harus kita harungi
Untuk mendapatkan kemuliaan di hadapan Tuhan
Dengan tak lupa sebut nama-Nya
Bertasbihlah lalu bertahmidlah
Lalu bertahlillah lalu bertakbir meMahabesarkan asma-Nya
Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar
Posted by Ummi at 8:56 PM
Labels: Desir Bayu di Langit Jingga

Thursday, May 15, 2008

KEIMANAN


Andai matahari ditangan kananku...
takkan mampu mengubah yakinku
terpatri dan takkan terbeli
dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
takkan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini
apapun adanya....
Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yg kutempuh
Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanyalah untukMu tetapkan muslimku selalu...

Munsyid: Harris Shafix
Posted by Ummi at 12:22 AM
Labels: Saat BersamaMu

Wednesday, April 30, 2008

Meniti Hari Mencari Mentari Merah 5


Jika kuikutkan perasaan hati,
yg diguris di atas rekahan kalbu...

Jika kubekukan terus air mata dari hati,
yang keras terbuku...

Jika aku tidak ingat padaMu ya Ilahi...
Jika aku tidak ingat kewujudan seorang suami,
jua senyum ceria permata2 hatiku...

Pasti kutempeleng si durjana itu,
Hingga berkecai isi hati raja buana bumi sakti.
Syukur aku ingat...tiada 'jika' dan 'kalau' dalam kamus ini.

Memang dasar kepentingan seorang durjana,
Tiada harga diri,
Tidak tahu diri,
Mana yang prioriti…

Ya siapalah kami rakyat jelata yang tak tahu untung diri,
Ya biarlah tuanku raja buana meraih dunia fana,
Moga nanti ia kembali,
Ehsan dariMu jua...

Biar dilihat sendiri nilai budi,
Moga ia mengerti,
Hakikat diri,
Menjadi khalifah di bumi ini.

Moga kala itu,
Tulang belulang ini,
Masih utuh dicengkam usia.

Ya Ilahi,
Harapanku tinggi,
Hanya padaMu Rabbul Izzati,
Moga rahmatMu menaungi,
melitupi baitul muslim ini.

Semarakkanlah ilmu, iman dan amal kami yg Ilahi,
Selarikan dengan semangat juang sejati,
Tetapkan kami diatas jalanMu ya Hasbi Rabbi,
Moga lahir mujahid ulung dikalangan kami,
Amin ya Rabbul 'Alamin.


30.4.2008
Di keheningan pagi bumi Bangi nan indah permai
Posted by Ummi at 11:39 AM
Labels: Meniti Hari Mencari Mentari

Wednesday, April 23, 2008

Ciri-Ciri Penyelidik Muslim



Ciri-Ciri Penyelidik Muslim yang telah keudara di IKIM sembang petang dengan IR Ahmad Jais.

(IR. ni colleage Umi, sekursus PTK masa dia masih di Fakulti Kejuruteraan, UKM). Ummi paparkan artikel penuh yang dihantarnya dalam egroups Cerna Minda (pendengan IKIM) ini bukan kerana Ummi seorang penyelidik tetapi Ummi harapkan ciri2 penyelidik ini yang seharusnya ada dalam setiap individu muslim dibudayakan oleh anak2 Ummi, mudah2an dapat menjadi mangkin ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Amin.

Menurut Az-Zarnuji, para penyelidik Muslim perlu memiliki ciri-ciri berikut:

i. ‘Aqlun Zakiyun (akal yang cerdik)
ii. Hirsun (keinginan yang kuat)
iii. Ijtihad (usaha yang bersungguh-sungguh)
iv. Bulghah (kecukupan dalam perbelanjaan)
v. Suhbah al-Ustaz (bersahabat dengan guru)
vi. Tuul az-Zaman (masa yang panjang)

Jika diteliti secara rapi, memang inilah keperluan yang perlu ada pada para penyelidik, dan sekiranya dapat digilapkan kembali, tidak mustahil untuk para penyelidik Muslim menempa kembali kegemilangan tamadun silam.

Akal yang Cerdik

Kecerdikan atau kepintaran adalah pra-syarat untuk seseorang menceburi kegiatan penyelidikan, kerana sememangnya tugas asasi penyelidik adalah cuba memahami dan mengkaji mengenai sesuatu fenomena atau permasalahan, dan berusaha mengemukakan penyelesaian atau penambahbaikan terhadap permasalahan tersebut. Kesemua ini memerlukan tahap pemikiran yang terdidik, mengikuti satu proses pembelajaran yang formal, serta memiliki daya analisis dan sintesis yang tinggi. Ini semua dapatlah disimpulkan dengan kalimah ‘akal yang cerdik’.

Oleh itu, sekiranya institusi penyelidikan Muslim ingin menempa kembali keagungan silam, maka para penyelidik yang bergabung di dalamnya perlulah dipastikan mencapai tahap kecerdikan atau keupayaan akal yang tertentu. Ini dapat kita perhatikan, menjadi amalan institusi-institusi penyelidikan dunia yang tersohor, seperti Harvard, MIT, Oxford dan sebagainya, yang hanya menerima pelajar dan sarjana yang terbaik sahaja sebagai penyelidik di institusi mereka.

Keinginan yang Kuat

Keinginan (atau desire) adalah juga sifat asasi yang perlu ada pada diri penyelidik. Penyelidikan adalah satu pengembaraan menuju ketidakpastian, yang pastinya menuntut kesabaran, ketekunan, kekuatan azam dan keinginan yang kuat. Penyelidik yang benar-benar menghayati bidang penyelidikannya, akan ‘tenggelam’ di dalam dunianya sendiri, dan mampu melaburkan pelbagai perkara untuk kejayaan penyelidikannya.

Keinginan yang kuat juga lahir dari minat dan bakat yang dipupuk sejak kecil, serta kemahiran yang digilap melalui latihan dan proses pengembangan dayacipta dan kreativiti penyelidik. Oleh itu, sistem pendidikan sejak dari bangku sekolah lagi, perlu menjurus ke arah pengembangan potensi diri, melatih daya kreativiti, mendorong pelajar agar berkarya, dan menumbuhkan minda ingin tahu dan meneroka alam semesta.

Usaha Yang BerSungguh-Sungguh

Kerja-kerja penyelidikan yang berjaya, semestinya dilalui dan ditempuhi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak kenal henti, tanpa rasa penat dan kejenuhan di dalam pencarian penyelidikannya. Inilah yang tergambar pada perjalanan yang jauh dan menyulitkan, yang ditempuhi oleh para muhaddithin, dalam mencari, mengumpul dan menyaring ribuan hadith, sebelum terhasil kitab rujukan muktabar untuk tatapan kita kini.

Pengalaman penyelidik barat juga hampir sama, apabila Thomas Edison menyatakan bahawa beliau bukannya menempuh 99 kegagalan, tetapi menemui 99 cara yang tidak menghasilkan lampu elektrik. Ini adalah manifestasi usaha yang tidak jemu, tetap meneruskan kerja penyelidikan, walaupun mungkin menghadapi kesulitan, kesamaran dan kegagalan di beberap peringkat penyelidikan tersebut. Oleh itu, penyelidik Muslim perlu menguatkan daya juang dan daya saing mereka, untuk terus berusaha menempa kecemerlangan di dalam penyelidikan kini.

Kecukupan dalam Perbelanjaan

Faktor ini menekankan kepada perlunya memiliki kekuatan kewangan dan harta, untuk melakukan penyelidikan. Tamadun Islam di Baghdad misalnya, mendapat dokongan kuat daripada pemerintah ketika itu, melalui penyediaan pra-sarana, khutub khanah dan kemudahan untuk para penyelidik Muslim di zaman itu. Pembinaan beberapa balai cerap untuk mengkaji astronomi adalah satu lagi bukti, betapa kekuatan kewangan adalah dikira antara faktor kritikal yang membantu mengembangkan aktiviti penyelidikan.

Di zaman ini, penawaran pelbagai geran penyelidikan, biasiswa, skim zamalah penyelidik dan pelbagai insentif yang tersedia, seharusnya dilihat sebagai satu elemen positif ke arah memajukan bidang penyelidikan, khususnya di negara kita.

Kecukupan dalam Perbelanjaan juga boleh diertikan dengan mengiktiraf bidang penyelidikan dan kerjaya sebagai penyelidik sebagai satu kerjaya yang berprestij, dan perlu digalakkan untuk diceburi oleh para sarjana dan penuntut diperingkat pasca-siswazah. Sekiranya tawaran yang diperolehi sebagai penyelidik lebih baik, atau sekurang-kurangnya setimpal dengan apa yang ditawarkan oleh organisasi atau industri di luar, maka isu ‘penghijrahan cerdik-pandai atau ‘brain-drain’ tidak akan menjadi suatu yang serius. Keupayaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan lainnya untuk mengekalkan penyelidik yang terbaik untuk bersama-sama mereka, akan memastikan kejayaan sesuatu rancangan penyelidikan untuk jangkamasa panjang.

BerSahabat dengan Guru

Guru dalam konteks hari ini adalah mereka yang pakar, atau tersohor di dalam bidang penyelidikan yang diceburi. Sekiranya penyelidik Muslim hari ini ingin kembali bersinar, mereka perlu berusaha untuk mengutip kembali khazanah ilmu tersebut daripada tokoh atau individu yang menjadi pakar rujuk di dalam bidang tersebut.

Usaha untuk menghantar dan menaja para pelajar melanjutkan pengajian di universiti ternama di luar negara, dan melakukan penyelidikan di bawah seliaan dan pemantauan para profesor dan penyelidik tersohor dunia, adalah suatu usaha yang perlu digarap dan diteruskan.

Dalam sisi lain, adab antara murid dan guru perlu dihidupkan kembali. Murid perlu bergaul dengan guru dengan adab dan etika yang profesional, berusaha mentaati guru, bergaul dan mendapat sebanyak mungkin didikan dan asuhan daripada guru, samada melalui interkasi formal mahupun informal, kerana inilah konsep pendidikan secara holistik.

Guru pula perlu menjadi contoh di dalam pendidikan, bukan sekadar mahir berteori dan berfalsafah, tetapi juga memilik akhlak dan keperibadian yang mampu mendidik, mencorak dan mempengaruhi anak muridnya, agar ilmu yang diajari benar-benar barakah dan membawa kebaikkan kepada kehidupan.

Masa yang Panjang

Sememangnay tiada jalan singkat untuk mencipta kegemilangan. Penyelidikan yang berjaya membawa impak dan dampak yang kuat di dalam tamadun kemanusiaan, selalunya adalah hasil daripada tempoh kajian yang panjang. Oleh itu, keupayaan untuk merancang dan menguruskan penyelidikan untuk satu julat masa yang panjang, perlu dimiliki oleh para penyelidik Muslim kini.

Kewujudan pusat-pusat pengurusan penyelidikan di IPT hari ini, adalah satu langkah yang positif ke arah memantau dan memastikan program penyelidikan dapat dirancang dan dilaksanakan secara berkesinambungan, melangkaui beberapa generasi penyelidik.

Penyelidik yang terdahulu (senior) perlu akur, bahawa mereka akhirnya perlu mewarisi kerja-kerja penyelidikan itu untuk diteruskan oleh penyelidik muda (junior) yang hadir kemudian. Dengan kesedaran ini, maka bidang penyelidikan tersebut akan menjadi semakin matang dan mantap, dan hasil penyelidikan akan dapat dimanfaatkan oleh beberapa generasi. Lihatlah rantaian para ulama’ silam, yang hadir silih berganti, mewarnai bidang tafsir, hadith, kalam, usuluddin, fiqh, tasawuf dan sebagainya, yang mana hasilnya dapat kita manfaatkan kini. Sikap ego, takbur dan angkuh, atau merasakan dirinya ingin memonopoli dan menjadi jaguh pada sesuatu bidang, perlu dikikis jauh-jauh oleh penyelidik Muslim.
Posted by Ummi at 6:40 PM 1 comment:
Labels: Di Wajahmu Kulihat Bulan
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My Blog List

  • COMPUTER EDUCATION
    K6-L29-KUMP 4 Warisan Bahasa: Memahami Peribahasa Melayu dan Maknanya
    1 year ago
  • TarBiyyaTuL QaLbI
    Bingkisan Buat Sang Puteri
    2 years ago
  • catatan seorang pengemis..
    يا معشر الاخوان لا تترددوا.. Wahai iIkhwan, Janganlah Kalian Merasa Ragu..
    13 years ago
  • I Prefer Apache..

Epilog Sebuah Perjuangan...

  • Desir Bayu di Langit Jingga
  • Di Wajahmu Kulihat Bulan
  • Meniti Hari Mencari Mentari
  • Mentari di Balik Tabir
  • Mutiara Hati
  • Saat BersamaMu

Kata Imam Shafie...

Mintalah maaf padaku, maka kasih sayangku akan selalu mengalir. Jangan kamu berbicara di saat aku dalam kondisi emosi. Jika aku mendapatkan cinta dan kecewa berkumpul dalam hati, maka cinta itu akan pergi.

Baitul Muslim Kita

Baitul Muslim Kita

Tinta Ummi

  • TarBiyyaTuL AuLaD
  • TarBiyyaTul QaLbI
  • Computer Education

Tinta Mutiara Hati

  • Ar-Ruhul Jadeed - Akak
  • Cataan Seorang Pengemis - Along
  • Dpt Allah Dpt Segalanya - KakNgah
  • Life is Short - Angah & KakNgah
  • Mujaheed - Adik
  • Perjuangan Seorang Mujahid - Alang

Mutiara Hati Penyejuk Mata

Mutiara Hati Penyejuk Mata

Jangan tunggu orang suruh...

Jangan tunggu orang suruh...

Ingat pesan ummi abah...

Ingat pesan ummi abah...

Set your priorities right...

Set your priorities right...

Tarbiyyatul Aulad

  • Ummi
  • lasiaf87

Tinta Ketikan Dell Terkini...

  • ▼  2010 (1)
    • ▼  September (1)
      • Mentari Merah 6
  • ►  2009 (8)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
  • ►  2008 (37)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (28)

Tinta Pejuang

  • Masanya Memilih Jalan Yang Lurus